Saturday, July 30, 2011

RaMaDhAn



Alhamdulillah,diri ini masih diberi kesempatan dan juga ruang untuk menjalankan salah satu daripada rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Ini juga merupakan kali pertama diri ini berpuasa di perantaun jauh dari ahli keluarga. Sesungguhnya Ramadhan mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti mana sabda Rasullullah s.a.w :

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah S.W.T telah memfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka, ditambat padanya syaitan-syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak"

Di dalam hadith ini dengan jelas telah menerangkan kepada kita tentang kelebihan-kelebihan yang hanya terdapat pada bulan Ramadhan. Di dalam bulan Ramadhan ini juga diwajibkan ke atas kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Ini bertepatan dengan Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang -orang sebelum dari kamu, supaya kamu bertakwa"

Di dalam Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah ayat 185 :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. ”

Di dalam Hadith s.a.w ada menyebutkan yang mana mafhumnya :

"Islam dibina diatas lima perkara : Mengakui bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah,mendirikan solat,mengeluarkan zakat,menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan"

Justeru itu, wajiblah ke atas sebagai umat Islam untuk melaksanakan ibadah puasa ini kerana ianya merupakan salah satu daripada rukun Islam. Perlaksanaan tanpa kesungguhan dan keim
anan ibarat pokok yang ditanam tapi tidak dijaga yang akhirnya akan mencacatkan pemandangan. Oleh itu setiap amal perlulah disertai dengan kesungguhan dan disulami dengan penuh keimanan. Ini juga ada disebutkan oleh Rasulullah s.a.w yang mana mafhumnya :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu"

Oleh itu marilah kita sama-sama merebut dan memanfaatkan peluang yang dihidangkan kepada kita di dalam bulan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya dan berdoa kepada Allah S.W.T supaya ibadah puasa kita diterima disisiNya.








Monday, July 11, 2011

Tuan Guru Dato' Haji Nik Aziz Bin Nik Mat




Aku menulis tentang Tuan Guru Dato' Haji Nik Aziz Nik Mat bukanlah kerana dasar politik akan tetapi aku menulis tentang diri Tuan Guru Adalah kerana kagumnya aku akan ketokohan beliau. Hati kecil ini juga terdetik untuk menulis tentang sejarah hidup Tuan Guru kerana lewat hari ini lahirnya manusia-manusia jahil yang dengan sewenang-wenangnya mengkritik dan menghina para ulama'. Ketahuilah wahai manusia-manusia jahil bahawa para ulama' merupakan pewaris Nabi. Janganlah kalian dengan sewenang-wenangnya menghina para ulama'

Latarbelakang Keluarga Dan Pendidikan


Dilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdul Aziz telah mempelajari ilmu agama sejak alam kanak-kanak lagi. Mula-mula beliau belajar dengan ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat, juga seorang guru agama dan ulama yang terkenal di kampungnya pada masa itu.

Kemudian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz melanjutkan pula pengajian agamanya di pondok Tuan Guru Haji Abbas di Jertih, Terengganu. Selepas beberapa tahun mendalami ilmu agama dengan Tuan Guru Haji Abbas, beliau berangkat ke India untuk melanjutkan pengajiannya di sana pula.

Setelah tamat pengajiannya di India, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berangkat pula ke Mesir. Di Mesir beliau memasuki Universiti Al-Azhar di dalam jurusan bahasa Arab. Setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda di dalam Pengajian Arab, Tuan Guru Haji Nik Aziz meneruskan lagi pengajiannya di universiti yang sama di dalam jurusan perundangan Islam. Beliau lulus pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana iaitu M.A. di bidang perundangan Islam.

Pulang Ke Tanahair


Setelah dadanya diisi dengan ilmu agama secara mendalam, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kembali semula ke tanahair. Di tanahair beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru agama di sebuah sekolah agama rakyat di samping mengajar agama di kelas-kelas dewasa pada sebelah malamnya.

Beberapa tahun kemudian beliau mengajar pula di Sekolah Arab Maahad Muhammadi Kota Bharu – sebuah sekolah menengah agama aliran Arab yang tertua dan terbesar di negeri Kelantan.

Dalam masa yang sama, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menceburkan dirinya di dalam kegiatan-kegiatan dakwah. Beliau menyampaikan ceramah-ceramah agama di pelbagai tempat khususnya di Masjid Kampung Pulau Melaka – kampung tempat beliau dilahir dan dibesarkan!.

Dari semasa ke semasa namanya semakin terkenal. Murid-muridnya semakin bertambah ramai. Imejnya sebagai seorang tokoh ulama yang disegani dan dikagumi ramai semakin menonjol. Pengaruhnya semakin meluas. Kewibawaaannya semakin mendapat pengiktirafan umum.

Kesimpulan

Sekadar ini sahaja yang mampu aku coretkan buat kali ini. Ingatlah, janganlah kita dengan mudah menghina para ulama'. Di saat ini terngiang-ngiang pesanan seorang sahabat "siapa kita nak menghina atau mengkritik para ulama' sedangkan ilmu kita pun tidak setanding bulu hidung dia". Marilah kita sama-sama renungkan.


Ulama Pewaris Nabi

Saturday, July 9, 2011

PeLuDaH WaRnA



Puisi: A. Samad Said

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Friday, July 8, 2011

BuLaN SyAaBan




Alhamdulillah,kini kita berada di dalam bulan Syaaban iaitu salah satu bulan Islam yang mana bulan Syaaban mempunyai kelebihan @ fadhilat yang tersendiri selepas bulan Rejab.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "tahukah kamu sekalian, mengapakan dinamakan bulan Syaaban?". Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali".

Di dalam Sahih Bukhari dan juga Muslim ada menceritakan tentang kelebihan bulan Syaaban. Daripada Sayidatina A'isyah Radiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya : "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Baginda akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban".

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah :

  • Memperbanyakkan puasa sunat
  • Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w
  • Bertaubat
Moga kita semua dapat memperbanyakkan amalan kita di dalam bulan Syaaban ini dan mudah-mudahan kita mendapat rahmat dari Allah S.W.T

Friday, July 1, 2011

Isra' & Mikraj

Lama rasanya jari-jemari ini tidak menari-nari di atas papan keyboard dan hati ini terpanggil untuk menulis salah satu dari peristiwa yang penting dan masyur dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Isra' dan Mikraj.Peristiwa ini merupakan salah satu dari mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang mana ada di sebutkan di dalam Al-Quran di dalam surah al-Isra' ayat 1 :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya:

(Maha Suci Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad saw) pada suatu malam dari al-Masjidi'l-Haram ke al-Masjidi'l-Aqsa, yang telah Kami (Allah) berkati sekelilingnya, agar Kami (Allah) perlihatkan kepadanya (Muhammad saw) sebahagian daripada tanda-tanda Kami (Allah). Sesungguhnya Dia (Allah) adalah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.


Peristiwa Isra' dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12 kenabian yang mana tahun ini juga dinamakan tahun kesedihan. Tahun kesedihan ini kerana kematian isterinya yang tercinta iaitu Siti Khadijah dan juga bapa saudaranya iaitu Abu Thalib. Isra' bermaksud perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa manakala Mikraj pula ialah Nabi s.a.w di angkat ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha bertemu dengan Allah S.W.T

Sebelum peristiwa Isra' dan Mikraj berlaku, dada baginda telah di belah oleh Malaikat Jibril dan dibuang ketul hitam dan disiram dengan air zam zam dan di siram juga dengan hikmat, ilmu dan iman.

Peristiwa Isra' :
Peristiwa Isra' ialah Nabi s.a.w dijalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dalam hanya 1 malam dengan menaiki tunggangan iaitu Buraq. Di Masjidil Aqsa, Nabi s.a.w telah solat sunat 2 rakaat dan ada pendapat yang mengatakan ketika itu seluruh para Nabi dan Rasul sedang bersolat di Masjidil Aqsa dan Nabi s.a.w telah di jemput untuk mengimamkan solat tersebut. Sebelum Nabi s.a.w melalui peristiwa Mikraj, Baginda telah di tawarkan dengan 2 perkara iaitu susu dan arak akan tetapi Nabi s.a.w telah memilih susu sebagai pilihan.

Sepanjang perjalanan baginda ke Masjidil Aqsa, Baginda telah di arahkan oleh Malaikat Jibril untuk solat 2 rakaat di tempat-tempat tertentu iaitu seperti:
  1. Negeri Thaibah (Madinah) tempat Baginda akan melakukan Hijrah
  2. Bukit Tursina iaitu tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu
  3. Baitul Laham iaitu tempat Nabi Isa a.s dilahirkan
Dalam perjalanan ini juga, Baginda telah menyaksikan berbagai-bagai peristiwa yang aneh:
  • Kaum yang sedang bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman mereka namun apabila dituai, hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril : itulah kaum yang berjihad "fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah s.a.w diberitahu : itulah bau kubur Masyitah bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah.
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka akan sembuh kembali lalu dipecahkan kembali. Rasulullah s.a.w diberitahu : itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan bati dari neraka jahanam. kata Jibril : itulah orang-orang yang tidak mengeluarkn zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah dan busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka. Kata Jibril : itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan mempunyai suami/isteri masing-masing.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril : itulah orang yang makan riba'
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tidak berdaya memikulnya tetapi ditambah lagi dengan kayu yang lain. Kata Jibril : itulah orang yang tidak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggungting besi berkali-kali. Kata Jibril : itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril : itulah orang-orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tidak dapat dimasuki kembali lubang itu. Kata Jibril : itulah orang yang bercakap besar kemudian menyesal tetapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibril : itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibril : itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan tua bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril : itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Di dalam peristiwa Isra' dan Mikraj ini juga, Allah S.W.T telah memfardhukan solat yang pada asalnya adalah 50 waktu tetapi dikurangkan kepada 5 waktu sahaja.

Moga kita semua dapat mengambil ibrah atau pengajaran dari salah satu peristiwa yang amat penting dalam dunia Islam dan sejarah Islam ini.

Sunday, June 26, 2011

Doktor Faris Mar'ie Syeikh Hasan



Entry kali ini adalah mengenai salah seorang tenaga pelajar di Jamiah @ Universiti Mutah, Jordan iaitu Doktor Ahmad Faris Mar'ie Syeikh Hasan. Doktor Faris Mar'ie merupakan doktor yang paling veteran di Kuliah Syariah Jamiah Mutah. Doktor Faris Mar'ie adalah antara doktor yang mahir dalam bidang feqh. Tanya saja apa-apa masalah tentang feqh pasti akan di jawab dengan tenang. Antara keistimewaan dan kelebihan Doktor Faris Mar'ie ialah beliau mengajar tanpa menggunakan kitab akan tetapi apa yang di syarahkan semuanya sama di dalam kitab. Sesiapa yang belajar dengan beliau pasti akan berasa kagum dan takjub dengan kelebihan beliau. Tanya saja pelajar-pelajar Syariah di Jamiah Mutah pastinya semua mengenali akan beliau

Ini antara data tentang Doktor Faris Mar'ie syeikh Hasan :

Tarikh lahir : 9 Julai 1943

Pengajian Doktor Faris Mar'ie Syeikh Hasan :

Ijazah : Universiti Al-Azhar, Mesir (1969)
Master : Universiti Al-Azhar, Mesir (1971)
Doktor : Universiti Al-Azhar, Mesir (1976)

Doktor Faris Mar'ie selalu menasihatkan pelajar-pelajar dan antara nasihat yang aku ingat sampai sekarang adalah :
"Pelajar Malaysia suka riak dan takbur bila dapat markah tinggi tidak berkongsi ilmu dengan orang lain, kongsikan ilmu yang ada dengan orang lain".(^_^)

Saturday, June 25, 2011

MuTaH UnIvErSiTy

Mutah University was founded in 1981 by a Royal Decree as a national institution for civil and military higher education. The University started functioning in its military wing in the year 1984 on its permanent site at Mutah in the Karak governerate, 135km South of Amman. It is only 12km away from the Karak Castle, a rich historical and archaeological treasure in the south.

On February 2, 1985, His Majesty King Hussien Bin Talal inaugurated the University of Mutah on the site of Mutah, the land of rich history and great sacrifices, to add to the sources that provide the nation with highly qualified graduates in various areas of specializations.

In 1986, the Council of Higher Education decided that a civilian wing be established at Mutah University to respond to the needs of the local community in particular and the country's needs in general in terms of:

1- Creating opportunities for higher education, improving its quality, and promoting its level.

2-Providing the country with specialists in the fields of science, technology, arts, and fine arts to meet future challenges.

3- Deepening the students' national loyalty as well as developing their talents and emphasizing traits of leadership and productive citizenship.

4- Encouraging scientific research, especially that which is necessary for the industries in the southern part of the country.

The Civilian Wing at Mutah comprises, in addition to the Deanship of Research and Higher Studies, twelve academic faculties.

Arts

Science

Engineering

Shari’ah (Islamic Studies)

Law

Education

Agriculture

Sports Sciences

Nursing

Medicine

Social Sciences

Business Administration


The Council of Deans, the councils of faculties, and the councils of departments were also formed in accordance with the law of Jordanian Universities.