Saturday, July 30, 2011

RaMaDhAn



Alhamdulillah,diri ini masih diberi kesempatan dan juga ruang untuk menjalankan salah satu daripada rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Ini juga merupakan kali pertama diri ini berpuasa di perantaun jauh dari ahli keluarga. Sesungguhnya Ramadhan mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti mana sabda Rasullullah s.a.w :

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah S.W.T telah memfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka, ditambat padanya syaitan-syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak"

Di dalam hadith ini dengan jelas telah menerangkan kepada kita tentang kelebihan-kelebihan yang hanya terdapat pada bulan Ramadhan. Di dalam bulan Ramadhan ini juga diwajibkan ke atas kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Ini bertepatan dengan Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang -orang sebelum dari kamu, supaya kamu bertakwa"

Di dalam Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah ayat 185 :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Di dalam Hadith s.a.w ada menyebutkan yang mana mafhumnya :

"Islam dibina diatas lima perkara : Mengakui bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah,mendirikan solat,mengeluarkan zakat,menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan"

Justeru itu, wajiblah ke atas sebagai umat Islam untuk melaksanakan ibadah puasa ini kerana ianya merupakan salah satu daripada rukun Islam. Perlaksanaan tanpa kesungguhan dan keim
anan ibarat pokok yang ditanam tapi tidak dijaga yang akhirnya akan mencacatkan pemandangan. Oleh itu setiap amal perlulah disertai dengan kesungguhan dan disulami dengan penuh keimanan. Ini juga ada disebutkan oleh Rasulullah s.a.w yang mana mafhumnya :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu"

Oleh itu marilah kita sama-sama merebut dan memanfaatkan peluang yang dihidangkan kepada kita di dalam bulan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya dan berdoa kepada Allah S.W.T supaya ibadah puasa kita diterima disisiNya.








No comments:

Post a Comment