Friday, July 8, 2011

BuLaN SyAaBan




Alhamdulillah,kini kita berada di dalam bulan Syaaban iaitu salah satu bulan Islam yang mana bulan Syaaban mempunyai kelebihan @ fadhilat yang tersendiri selepas bulan Rejab.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "tahukah kamu sekalian, mengapakan dinamakan bulan Syaaban?". Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali".

Di dalam Sahih Bukhari dan juga Muslim ada menceritakan tentang kelebihan bulan Syaaban. Daripada Sayidatina A'isyah Radiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya : "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Baginda akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban".

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah :

  • Memperbanyakkan puasa sunat
  • Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w
  • Bertaubat
Moga kita semua dapat memperbanyakkan amalan kita di dalam bulan Syaaban ini dan mudah-mudahan kita mendapat rahmat dari Allah S.W.T

No comments:

Post a Comment