Tuesday, June 21, 2011

UmRaH 2o11

Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka
Maksud:
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu"

Alhamdulillah,segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air mani kemudian menjadi segumpal darah kemudian menjadi seketul daging kemudian dikirimkan malaikat lalu dihembuskan oadanya roh dan diperintahkan dengan 4 kalimat iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.

Tidak lupa selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi dan Rasul serta kekasih Allah iaitu Muhammad s.a.w yang mana pada hayatnya pernah ditusuk dengan sesuatu pada pipinya dan pada akhir hayatnya masih mengingati umatnya.

Alhamdulillah, pada 8 Jun 2011 akhirnya diri ini diberi peluang untuk melakukan ibadah umrah. Ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 196 :

وَأَتِمُّواْ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّهِ

Ini juga bersesuaian dengan hadis Nabi s.a.w yang berbunyi :

وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاالْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا،ءٌ إِلاَّ الْجَنَّةَ

“Antara satu umrah deng an umrah berikut merupakan penebus dosa-dosa yang ada di antara kedua dan haji mabrur itu tidak ada balasan bagi kecuali Al-Jannah”

Perjalanan yang memakan masa hampir 2 hari ke Mekah al-Mukaramah cukup memberi banyak pengajaran dan pelajaran pada diri ini di samping mengenang nasib Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat dalam mengembangkan agama Islam kerana apa yang ada disekeliling sepanjang perjalanan hanyalah padang pasir dan gunung-ganang.

Alhamdulillah,diri ini berkesempatan berada di Mekah al-Mukaramah selama 5 hari dan berkesempatan menz iarahi Madinah al-Mu nawarah selama 3 hari.


Masjidil Haram


Masjid Nabawi


Niat Ihram Di Birr Ali

No comments:

Post a Comment