Monday, February 28, 2011

PERSIDANGAN TAHUNAN MAHASISWA MALAYSIA se-JORDAN




PERTAMA merupakan singkatan kepada PERSIDANGAN TAHUNAN MAHASISWA MALAYSIA se-JORDAN yang merupakan acara tahunan anjuran EDUCATION MALAYSIAN JORDAN (EMJ) dan MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN (MPPMJ).

Persidangan yang telah masuk kali ke-5 ini telah diadakan di bumi Mafraq iaitu di Universiti AL al-Bayt pada 25-26 Februari dan telah di hadiri seramai 400 pelajar Malaysia seluruh Jordan.Persidangan ini telah dirasmikan sendiri oleh Datuk Duta Malaysia ke Jordan iaitu Datuk Malik.

Persidangan kali ini telah mengenengahkan tajuk "KE ARAH MEMAHAMI FEQH INTERAKSI BERSAMA NON-MUSLIM" yang mana para penceramah untuk persidangan ini diterbangkn khas dari Malaysia iaitu Brother Shah Kirit dan Brother Lim Jooi Soon.Banyak perkara yang telah dibentangkan dan dibincangkan di dalam persidangan ini yang mana telah membuka mata dan minda mahasiswa/wi.Pada akhir persidangan,Allah menunjukkan kekuasaannya dengan pengislaman 2 orang remaja dari tanah besar China.

Alhamdulillah, banyak isu-isu yang telah dibincangkan dalam persidangan kali ini. Moga segala input ataupun output yang diberikan dapat diamalkan.

(^_^)
Bersama saudara baru

No comments:

Post a Comment