Tuesday, March 3, 2009

RASULLULLAH

Assalamualaikum w.b.t

Masihkah kita ingat akan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...Adakah senantiasa mengucapkan selawat dan salam keatas Baginda...Adakah kita masih ingat akan sirah Baginda...
Putera mmi merasakan kita sekarang sudah semakin melupakan junjungan besar Nabi Muhammad...Sekiranya kita amati sirah Baginda,Putera mmi merasakan akan berlinanglah air mata kita...Pernahkah kita tahu bahawa Baginda pernah dihina,dicaci dan diherdik dalam menyampaikan dakwah...Pernahkah kita tahu bahawa Baginda pernah mengikat perut demi menahan lapar kerana kita...Pernahkah kita tahu bahawa dahi Baginda pernah berdarah lalu ditahannya dari jatuh untuk rahmat kerana kita...Pernahkah kita tahu bahawa pipi Baginda pernah ditusuk sesuatu kerana kita...Sungguh besar jasa dan pengorbanan yang Baginda lakukan demi Umatnya...Tapi adakah kita ingat akan Baginda...Hatta disaat kewafatan Baginda,mulut Baginda masih menyebut "ummati,ummati,ummati"...

Jadi renung-renungkanlah adakah kita semakin dekat atau jauh dengan Baginda...Adakah kita hendak dibiarkan di padang masyhar nanti dalam terkontang-kanting tanpa mendapat syafaat dari Baginda...Perbanyakkanlah selawat keatas Baginda...

No comments:

Post a Comment