Alhamdulillah,walaupun masing-masing telah berjaya di institut pengajian masing-masing, tetapi dapat juga berkumpul dan bersama. Setiap kali raya merupakan waktu yang ditunggu oleh aku dan kawan-kawan sebab waktu ini merupakan waktu untuk berkumpul. bersama dan berkongsi cerita.
Raya kali ini aku dan kawan-kawan dapat berkumpul sama-sama pada raya ke-5.Walaupun tidak semua yang ada, tapi ramai juga yang dapat hadir. Riuh rendah juga suasana dibuatnya.Maklumla,masing-masing sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar. Kami berkumpul di rumah syazwan, then terus berjalan kat umah cikgu. Memang riuh rendah dengan pelbagai ragam. Malam pula buat BBQ di rumah sewa Fadhil. Jam 12 malam baru mula buat BBQ,memang meriah sangat...
"Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri"
No comments:
Post a Comment