Antara kejujuran dan kesetiaan,yang manakah diperlukan dalam percintaan???sekiranya seseorang itu jujur,belum tentu kita boleh katakan dia seorang yang setia.manakala,orang yang setia belum tentu kita boleh katakan yang dia jujur 100%.inilah lumrah dunia,Allah S.W.T menciptakan manusia berpasang-pasangan,terpulang kepada manusia itu bagaimana hendak menilai pasangan itu.Zaman ini,kita melihat muda-mudi berpasang-pasangan ataupun dalam istilah lainnya "couple" hanya semata-mata kerana nafsu.Pada awalnya si Adam menjanjikan berbagai-bagai 1001 janji kepada si Hawa,tapi apabila mahkota si Hawa berjaya diragutnya,dibiarkan begitu sahaja.inilah senario masyarakat zaman sekarang.si Hawa mudah sangat terpedaya apabila dijanjikan dengan bermacam-macam.kebanyakkan ahli masyarakat sudah tidak mempedulikan batas-batas agama.jadi,fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah adakah pasangan kita berpasangan dengan kita hanya kerana nafsu semata-mata ataupun tidak...
No comments:
Post a Comment