Monday, July 9, 2012

Bujang VS Mutazawwij

~ Barakallahulakuma wa barakah 'alaikuma wa jam'a bainakuma fi khair~
Tahun 2012,berbagai kejutan yang diterima dan didengar terutamanya tentang perkahwinan. Saban hari pasti akan di "invited" di dunia maya mengenai walimatul urus mereka.Berbagai perasaan bercampur baur di dalam lubuk hati. Gembira dengan perkhabaran berita seorang demi seorang telah menamatkan zaman bujang mereka dengan melangkah ke alam perkahwinan samada yang telah diketahui ataupun secara mengejut .

Bagi yang sudah melangkah ke alam perkahwinan, alf mabruk ana ucapkan kerna kalian telah mengikuti sunnah Nabi s.a.w
“Nikah itu sunnahku, barangsiapa yang tidak suka, bukan golonganku” 
(Hadith riwayat Ibnu Majah, dari Aisyah r.a.) 

Dalam melayari bahtera perkahwinan janganlah sesekali diabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah,anak kepada kedua ibu bapa,suami dan juga sebagai isteri. Kedua-duanya mempunyai peranan , tanggungjawab dan amanah yang sama berat. 

Bagi mereka yang masih belum melangkah ke alam perkahwinan atau istilah lainnya bujang, janganlah berkeluh resah dan janganlah sesekali merungut andai anda masih belum melangkah ke alam perkahwinan kerna kita merancang,Allah juga merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.

Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul Makiriin

Sesungguhnya manusia merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menetapkan jodoh hambaNya cuma yang membezakan antara kita hanyalah cepat atau lambat sahaja.

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” (Ar-Ruum21) 

Usahlah mencemburui kepada golongan mutazawwij kerana Allah S.W.T punya perancangan yang lebih baik yang tidak mampu difikirkan oleh akal hambaNya. Kadang kala kita fikirkan sesuatu perkara itu adalah baik untuk diri kita walhal sebaliknya.

" boleh jadi kamu sukakan sesuatu padahal ia buruk untuk kamu dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ianya baik bagi kamu"
(Al –Baqarah 216 )
Andai hati sudah terpesona dengan keindahan ciptaan Allah S.W.T. Andai punya keinginan dan bersedia memikul tanggungjawab dan amanah. usahlah berlengah dan dipermainkan perasaaan mereka. Lakukanlah dengan penuh adab dan tertib.Biarlah bercinta selepas kahwin andai bercinta sebelum kahwin itu kelak akan hilang manisnya.

“Wahai para pemuda, siapa saja diantara kalian yang telah mampu untuk kawin, maka hendaklah dia menikah.Karena dengan menikah itu lebih dapat menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barang siapayang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, karena sesungguhnya puasa itu bisa menjadi perisai baginya”
(Hadith riwayat Bukhori & Muslim)
“Dari Jabir r.a., Sesungguhnya Nabi SAW. telah bersabda : Sesungguhnya perempuan itu dinikahi orang
karena agamanya, kedudukan, hartanya, dan kecantikannya , maka pilihlah yang beragama” 
(Hadith riwayat Muslim & Tirmidzi) 

Kepada yang telah mendirikan rumah tangga,ana ucapkan tahniah. Moga menjadi suami yang soleh serta isteri yang solehah dan moga saling lengkap melengkapi.

“Dunia ini dijadikan Allah penuh perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan hidup adalah istri yang solehah”
 (Hadith riwayat Muslim)

 Dan kepada golongan bujang,usahlah mengeluh dan cemburu kerna masanya akan tiba juga. Hanya yang membezakan adalah waktunya iaitu cepat atau lambat. Moga Allah S.W.T punya perancangan yang lebih baik.








No comments:

Post a Comment