Sunday, August 14, 2011

PeRkOnGsIaN




Alhamdulillah, sekarang kita telah melalui fasa pertama di dalam bulan Ramadhan iaitu fasa RAHMAH yang mana di dalam Haditah Nabi s.a.w ada menyebutkan bahawa dimana Ramadhan awalnya rahmah pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan dari api neraka. Harus diketahui bahawa Hadith yang disebutkan tadi adalah Hadith yang Dha'if. Tetapi itu bukannya alasan untuk kita mengurangkan amalan kita. Inilah masa untuk kita menilai sejauh manakah amalan kita di dalam fasa pertama itu? Adakah Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelum ini atau bagaimana? Adakah amalan kita lebih sempurna dari sebelum ini? Tepuk dada tanya iman.(^_^)

InsyaAllah, kita akan melalui fasa kedua di dalam bulan Ramadhan ini iaitu pertengahannya adalah keampunan. Rebutlah peluang yang dihidangkan seluas-luasnya oleh Allah S.W.T ini dengan memperbanyakkan amalan dan bertaubat serta memohon keampunan dari Allah S.W.T kerana sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengampun. Sesungguhnya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan bahawa Allah S.W.T Maha Pengampun. Antara ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan bahawa Allah S.W.T Maha Pengampun ialah :


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al Quran itu diturunkan, niscaya akan diterangkan kepadamu, Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.” (Al-Maidah : 101)



Pada penghujung Ramadhan nanti insyaAllah kita akan melalui fasa yang terakhir iaitu pelepasan dari api neraka. Rebutlah peluang di dalam ketiga-tiga fasa ini dengan sesungguhnya kerana kita tidak mengetahui adakah kita sempat untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang atau tidak. Nilailah dan muhasabahlah setiap fasa. Semoga segalan amalan kita bernilai di sisi-Nya.


No comments:

Post a Comment