Thursday, June 23, 2011

KeLuArGa Ku



Entry kali ini adalah mengenai family aku. Sebenarnya bila dah belajar luar negara @ "oversea", barulah kita sentiasa rindukan atau teringatkan keluarga kita terutamanya ibu dan ayah kita (sebenarnya ingat selalu). Kadang-kadang teringat juga pepatah orang-orang tua bila jauh baru kita akan teringat atau menghargai orang yang ada di sekeliling kita.



This is my mum @ mama. Nama mak aku Rusmaza bt. Mat Hassan di lahirkan pada tanggal 2 Mei 1959 di negeri jelapang padi iaitu Negeri Kedah Darul Aman. Sekarang bekerja sebagai ketua juruteknik di Telekom Malaysia. Ibu yang sangat tabah dan cekal dalam membesarkan anak-anaknya selepas kehilangan suami yang dicintainya. Banyak mengajarku erti kehidupan selepas ayahku pergi menemui Ilahi. I LUV U MUM!!!



Si gadis manis ini pula kakak aku. Kakak kesayangan aku. Nama dia Nor Adilla bt Ahamad. Dilahirkan pada tanggal 22 April 1985 di Pulau Pinang. Antara orang yang paling rapat dengan aku dalam keluarga. Kakak aku kadang-kadang suka berleter terutama waktu aku bawa kereta. Dia banyak mengajar aku erti kehidupan. Adikmu sayangkanmu.(^_^)




Ini pula adik perempuan aku. Agak gila-gila sikit dan "hyperactive". Dilahirkan pada tanggal 5 April 1991 di Pulau Pinang dan diberi nama Nor Fathin bt Ahamad. Sekarang sedang menuntut di Kolej Islam Antarabangsa Malaysia. Waktu kecil dulu aku suka gaduh dengan dia @ dalam kata lain hampir setiap hari aku bergaduh dengan dia sampai pening arwah ayah dan mak aku. Tapi bak kata pepatah "air yang dicincang tidak akan putus". Sejauh mana aku bergaduh dengan dia,dia tetap adik aku.(^_^)



Ini pula adik lelaki aku. Dilahirkan pada tanggal 28 Oktober 1998 di Pulau Pinang dan di beri nama Muhammad Zhafri Hidayat b. Ahamad. Kalau tak salah nama Hidayat aku yang berikan waktu dia lahir sebab waktu itu nama Taufiq Hidayat masyhur. Jadi aku amik nama Hidayat dan letakkan di belakang Zhafri. Adik lelaki aku ini seorang yang aktif dalam sukan bola sepak sampaikan program realiti yang tentang bola pun dia masuk. Kira "hyperactive" juga.

Thats all about my family. Bagi yang ada family, hargailah mereka sementara masih berpeluang. Sekali kita kehilangan mereka, pasti tiada galang gantinya. Last but not least, I LUV MY FAMILY...

No comments:

Post a Comment